Pengikut

Selamat Datang Ke Radio Online Ku

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


/>
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Fb Like

Sapsai.fm Komuniti Ateh Wildan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Novel Bertajuk Semalam Yang Di tinggalkan Part 1

     Dilahirkan dalam serba  kekurangan dan kedaifan. Itulah dia iman. Seorang anak kampung yang sentiasa gigih berusaha dan bersemangat dalam mengejar impian. Iman merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

     Ayah iman (Azran) meninggal dunia ketika iman  berusia 2 tahun disebabkan sejenis penyakit yang di panggil kanser limpah. Selepas itu, sahlah iman menjadi anak yatim. Ibu iman pula adalah seorang  muallaf yang juga merupakan satu-satunya anak perempuan dari 9 orang adik beradik.

    Pada awal perkhawinan, ibu iman mendapat tentangan hebat dari keluarga di sebabkan oleh konflik agama. Ayah iman beragama muslim manakala ibu iman tidak mempunyai sebarang pegangan agama. Selain itu, keluarga ibu iman juga sudah mempunyai pilihan mereka sendiri.

     Walaupun banyak cara telah di lakukan oleh keluarga ibu iman bagi memastikan hubungan ayah dan ibu iman tida menjadi, berkat kesabaran ayah iman dan jodoh yang telah ditentukan, akhirnya ayah dan ibu iman dapat berkhawin dan ibu iman akhirnya memeluk agama islam yang  mana telah  menyebabkan keluarga ibu iman  terpaksa akur menerimanya. Walaupun berlainan agama dan  ibu iman seolah-olah  di pinggirkan oleh keluarga namun ibu iman tetap cekal menerimannya.

     Ayah iman pula, sebelum mengenal ibu iman, beliau pernah beberapa kali menjalinkan  hubungan cinta dan pernah bertunang tapi akhirnya tidak kesampaian ke jinjang pelamin. Cinta ayah dan ibu iman terjalin ketika pandang pertama di satu pesta.


      Di pendekkan cerita, setelah mereka berjaya di hijab kabulkan mereka berpindah ke kudat sebuah daerah yang terletak di negeri sabah kerana ayah iman mendapat pekerjaan di sana. Pada tahun 1987 lahirlah iman  dan  di susuli adik iman bernama kasih pada tahun 1988.

     Ajal.maut dan jodoh tiada siapa yang dapat menjangkakan. Akhirnya pada tahun 1990 ayah iman yang baru berusia 24 tahun akhirnya pergi di jemput tuhan. Tinggallah iman dan  adiknya serta ibunya terkapai-kapai hilang  tempat bergantung. Sedangkan pada waktu itu iman  masih tidak mengerti apa kah yang di maksudkan dengan  perpisahan terakhir. Yang iman hanya ketahui ialah ayahnya hanya 'tidur' untuk satu masa yang panjang. Ibu iman pula tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.


    Harta-harta yang telah di tinggalkan  oleh arwah ayah iman pula, habis semuanya di ambil oleh bapa saudara iman di sebelah ayahnya. Yang tinggal pada keluarga iman  hanyalah sekeping hati yang bermaruah dan juga pengalaman  yang amat memeritkan.

    Atas desakan hidup, keluarga iman kembali ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan. Namun, apa yang menyedihkan ialah apabila sampai di kampung keluarga ibu iman  meminta agar mereka keluar dari agama islam sekiranya hendak tinggal bersama  mereka. Tapi, ketabahan seorang  ibu memang tidak ada tolak bandingnya. Ibu iman tetap mempertahankan agamanya biarpun telah ketiadaan suami.

    Ibu iman akhirnya menyewa di sebuah tanah milik saudara arwah  bapa iman dan ibu iman bekerja sebagai tukang masak di sekolah  rendah. Walaupun kehidupan mereka amat daif pada ketika itu, namun  mereka tetap bahagia. Apatah lagi, iman dan  kasih masih kecil pada ketika itu yang masih tidak tahu apa-apa tentang keperitan dunia.

    Setelah kontrak ibu iman  tamat, ibu iman (mastika) bekerja pula sebagai tukang masak di sebuah kem pekerja  kayu balak. Di situ mastika menemui seorang lelaki bernama (matnor) yang bertugas sebagai mandur.

    Matnor sebenarnya sudah berkhawin dan sudah mempunyai anak. Tapi, atas naluri kelalakian matnor jatuh cinta dengan teman sekerja mastika iaitu dahlia yang juga adalah sepupu mastika. Disebabkan berlakunya salah faham, keluarga mastika telah mengenakan tindakan undang-undang kepada matnor supaya mengahwini mastika kerana kononnya matnor cuba menganggu mastika.

     Sekali lagi, kerana telah memang di takdirkan oleh tuhan, akhirnya mastika dan matnor di jodohkan. Pada kali ini mastika memegang status isteri yang ke-2. Iman akhirnya mendapat Ayah tiri. Hasil perkhawinan matnor dan mastika, mereka di kurniakan 2 orang anak perempuan. Secara tidak langsung matnor mendapat 2 orang adik seibu tidak sebapa dalam erti kata lain 4 orang adik beradik.

    Ibu iman pada asalnya tidak ingin berkhawin lagi tetapi memandangkan ugutan keluarga mastika yang mengatakan sekiranya mastika tidak berkhawin dengan matnor mereka akan memaksa mastika keluar dari agama yang di anutinya dan iman serta adiknya akan di ambil oleh keluarga membuatkan mastika berkhawin dengan matnor.

     Setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya iman bersekolah dalam darjah 1. Ibunya kembali bertugas sebagai tukang masak di sekolah. Satu sikap iman yang baik ialah iman seolah-olah memahami keadaan kedaifan kehidupan mereka dan ingin membantu ibunya menambahkan pendapatan.

    Oleh itu setiap subuh, ibu iman akan memasak mee dan juga membuat air untuk dijadikan jualan iman di kelasnya. Pendapatan iman boleh dikatakan lumayan kerana rakan-rakan sekelasnya membeli jualan iman dan begitu juga dengan guru-guru iman kerana kasihan melihat kehidupan iman.

    Walaupun begitu, terdapat juga kata-kata sindiran yang di lemparkan kepada iman oleh rakan-rakan sekelasnya. Mereka mengatakan kepada iman makanan yang iman jual tidak sedap dan keluarga iman miskin. Namun, iman tetap sabar dan menjadikan itu sebagai dorongan pada kejayaannya kelak. Ibu iman pula tetap melayan iman dan adiknya seperti menatang minyak yang penuh. Ibu iman la yang banyak menasihati iman supaya bersabar.

    Oleh kerana encik matnor iaitu ayah tiri iman berpindah kerja sebagai buruh di tempat lain dan ingin merantau, mastika akhirnya terpaksa berpisah dengan iman kerana mengikuti suaminya merantau semata-mata untuk mencari kesenangan di belakang hari. Iman dan adiknya di jaga oleh ibu iman juga adalah nenek iman.

    Sepanjang pemergian ibunya, iman di asuh dan di jaga oleh nenek mereka dan di sediakan segalanya. Tetapi setiap hari, iman dan adiknya asyik merindukan ibu mereka kerana amat jarang sekali menjenguk mereka di kampung. Tapi, setiap yang berlaku itu pasti ada penyebabnya. Di tempat lain, ibu iman sibuk mencari rezeki untuk anak-anaknya. Selain itu, ibu iman sendiri berdepan konflik dengan madunya (isteri pertama matnor bernama kasidah) yang masih tidak dapatr menerima kenyataan yang dia telah di madukan.

    Iman setiap hari merindui ibunya. Setiap kali iman melihat  kanak-kanak lain bersama dengan keluarga mereka, iman merasa sebak dan sedih kerana dia berjauhan dari ibunya manakala ayahnya telah pergi buat selama-lamanya menghadap tuhan. Di upacara penyampaian hadiah anugerah pelajar cemerlang pula, ibu iman tidak dapat hadir walaupun iman mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Iman akhirnya berjaya menamatkan darjah satunya walaupun penuh dengan  kekurangan dan penderitaan. Berpisah dari keluarga dalam keadaan umur yang masih muda memang amat memeritkan namun  iman  sentiasa belajar untuk bersabar.

    Kehidupan dan keadaan membuatkan iman menjadi tahu apa ertinya nilainya kehidupan dan harga sebuah pengorbanan walaupun masih dalam usia setahun jagung. Biarpun pahit namun kenyataan harus di terima.. Bersambung..... hhehehehehe... tunggu part 2 okiesss......

Jumaat, 22 Julai 2011

Permainan Guru Dan Kisah Kentang

     Seorang guru sekolah rendah memutuskan untuk menganjurkan satu permainan kepada anak-anak muridnya. Guru itu memberitahu setiap anak muridnya membawa plastik yang berisi beberapa biji kentang. Setiap kentang yang mereka bawa mestilah di berikan nama orang yang mereka benci. Jadi, jumlah biji kentang yang mereka masukkan ke dalam plastik adalah bergantung kepada berapa orang yang mereka bencikan. 


     Seperti yang di janjikan pada keesokan harinya, semua pelajar di dalam kelas itu masing-masing membawa beg plastik yang berisi kentang yang telah di berikan nama orang yang mereka bencikan.. Ada yang membawa dua biji kentang ada yang membawa tiga biji kentang dan ada juga yang membawa lebih dari itu. 




     Setelah semua muridnya berkumpul, guru tersebut memberitahu murid-muridnya bahawa mereka perlu membawa kentang tersebut walau ke mana sahaja mereka pergi walaupun pergi ke tandas selama seminggu. Selepas sehari berlalu, ramai anak-anak murid guru tersebut mengadu kepada guru mereka bahawa kentang yang mereka bawa mula mengeluarkan bau yang amat busuk. Selain itu, murid yang membawa lebih dari tiga kentang mengadu payah membawa kentang ke mana sahaja kerana ianya berat. Namun guru tersebut menasihati mereka harus mengikuti arahan dalam permainan.


     Setelah seminggu berlalu, semua murid tersebut merasa gembira kerana permainan mereka telah tamat. Lalu guru mereka bertanya "Bagaimana perasaan kamu semasa membawa kentang tersebut seminggu?" Lalu anak muridnya memberitahu tentang kesulitan mereka sepanjang membawa kentang tersebut yang berat dan berbau busuk. 


     Kemudian, guru tersebut menceritakan perkara yang tersembunyi di sebalik permainan yang mereka lakukan. Kata guru tersebut "ini sebenarnya adalah situasi di mana sekiranya kamu membawa kebencian kamu kepada seseorang di dalam hati kamu. Bau busuk akan mencemarkan jantung dan hati kamu dan akan mengikuti kamu walau ke mana sahaja dan walau apa pun yang kamu lakukan.

     Jika anda tidak boleh bertolak ansur dengan bau busuk kentang itu selama seminggu,bayangkan kalau kamu membawanya selama seumur hidup?"


THE END... Ringkas sahaja.... 


MORAL OF THE STORY:


- Cintailah orang lain walaupun kita membenci orang tersebut.


-Buang semua kebencian yang ada dalam hati dan jantung kita agar kita merasa gembira dan tidak mendapat   dosa.


-Memaafkan orang lain adalah penyelesaian terbaik dalam hidup.


P/s: Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang baik tapi amat mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Renung dan fikir-fikirkan.. Selamat Beramal.....

Khasiat Kurma, Kismis Dan Madu

Sabda Rasulullah  s.a.w "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah
amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.
 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan  nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1)
      KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".
 
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
 
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
 
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2)
      KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
 
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
 
Imam Ali a.s. bersabda:  "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
 
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3)
      MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

 
Nabi Muhammad SAW bersabda:  "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
 
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Selasa, 3 Mei 2011

Kasih Sayang Ibu

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.


Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…


“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.


Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.


Sebagai seorang yang sudah kehilangan ayah, saya ingin berkongsi sesuatu ayat dengan pembaca semua.....


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
“Saya Sayang Ibu”

Jumaat, 25 Mac 2011

Seni bina masjid yang unik dan Moden













Masjid Al Irsyad yang terletak di Indonesia mempunyai senibina yang sangat unik. Dindingnya diperbuat daripada blok batu bata yang mempunyai ruang untuk pengudaraan. 

Bukaannya yang luas juga membenarkan aliran uadara yang ke dalam masjid. Cara ini dapat mnegelakkan menggunakan elektrik sekaligus dapat mengelakkan pembaziran.

Bentuk masjid ini juga tidaklah seperti masjid-masjid yang biasa kita lihat dimana ianya tidaklah menggunakan kubah sebagai simbol. Kelihatan jelas khaligrafi yang terbentuk dari luar masjid ini.
 

Masjid ini bentuknya mirip seperti kaabah, dikelilingi air,terasa ketenangannya, walaupun hanya melihat gambar.

Ahad, 20 Februari 2011

Antara Persahabatan Dan Cinta

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.

"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.



Moral:

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...

Kisah Yang Penuh pengajaran dari seorang hamba yang taat dan berani serta jujur


    Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.
Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan
      
   “Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

   Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.
Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

   Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

   Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

   “Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya. ”

   Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

   Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”

   Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.terlewat Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

   Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.
Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

   Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.
Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, ” Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.”

Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.” Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.
Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.
  • Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
  • Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
  • Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya.
  • Tuan hakim yang tegas dan adil.
  • Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.
Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.
Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.
Soalan : Adakah kita sekarang benar-benar boleh dianggap sebagai seorang mukmin sejati???
Tepuk dada, tanyalah iman.

Khamis, 27 Januari 2011

Imam Syafie Dengan Ceritanya

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah.

Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.
Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.
Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.
Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.
Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.
Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: 

“Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”
Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. 

Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” 

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.
Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.”

Demikian jawab Imam Syafie. Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Rabu, 26 Januari 2011

Diari Terakhir Nisa

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania.

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri.

Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri.

 "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri,
suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau
apatah lagi macam kau ini, tau tak.

Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau
asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak
kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.

Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
pula hujan nanti"desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok
saja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa
punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri.

Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita.

Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.


Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.

Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu.

Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
.
..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.

Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Selasa, 25 Januari 2011

sajak untuk hati

Wahai hati...
kenapa kau diciptakan hanya satu?
kenapa kau perlu menyiksa banyak jiwa?
kenapa kau perlu menuntut pengorbanan?
kenapa kau perlu menagih kesabaran?

Wahai hati...
kenapakah kau mudah goyah?
kenapa ada perlu insan terluka?
kenapa perlu ada insan merana?
kenapa perlu banyak jiwa kecewa?

Wahai hati...
setiap saat aku asyik fikirkan apakah kesudahan,
setiap hari aku asyik fikirkan bagaimana aku harus menghadapinya?
setiap detik aku asyik fikirkan inikah suratan atau kebetulan?
setiap minit aku asyik fikirkan masihkah ada jalan dalam penghujung perjalanan?

Wahai hati...
biarlah ia terus menjadi persoalan,
atas segala tindakan dan perbuatan,
atas segala kekurangan dan kelemahan,
yang pastinya perjalanan mu masih panjang,
harus kuat dan berani menempuh cabaran yang mendatang,
jangan la kau berpaling lagi atas apa yang sudah berlalu,
pengalaman mendewasakan fikiran,
pengajaran mematangkan fikiran,
yang pasti aku menututmu wahai hati...

nukilan: Ateh @ Abg Blues

Selasa, 18 Januari 2011

Teka Teki Imam Al Ghazali Dan Anak muridnya


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau ber-Teka Teki :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (QS: Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (QS: Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia ini ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (QS: Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun "
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan Kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar . Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri."
P/S renung-renungkan dan selamat beramal..

Ahad, 16 Januari 2011

Kisah Benar Pengajaran Kepada Isteri (Sumber Dari berita Harian)

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.


Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Sabtu, 1 Januari 2011

Kisah Lawak Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!