Pengikut

Selamat Datang Ke Radio Online Ku

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


/>
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Fb Like

Sapsai.fm Komuniti Ateh Wildan

Khamis, 28 Januari 2010

Tips- Tips Memilih Pasangan yang Dalam Islam

Mahabah atau perasaan kasih sayang pada seseorang adalah lumrah kepada kejadian manusia. Kita mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi, merindui dan dirindui, mempercayai dan dipercayai, serta bermacam hal lagi. Sebab itulah juga Hawa diciptakan dari tulang rusuk adam agar adam dan hawa sentiasa dekat antara satu dengan yang lain. Dicipitakan juga Adam dan hawa itu agar dapat saling melengkapi antara satu sama lain kerana adam diciptakan dengan 9 akal 1 nafsu manakala hawa pula diciptakan dengan 9 nafsu 1 akal. Namun begitu, agama tidak pernah menghalalkan kan yang haram sekiranya pasangan belum ada ikatan pernikahan. Kita kena tahu membezakan batas-batas dalam pergaulan seperti mana yang sudah tertulis dalam garis panduan menurut islam. Dalam mencari cinta yang sejati pula, kadang kala kita sukar untuk membezakan antara cinta nafsu dan juga cinta yang diredahi ALLAH. Di sini, saya akan kongsikan beberapa perkara atau tips-tips mencari pasangan yang dituntut dalam islam hasil dari pembacaan dan pengetahuan saya.

1) Kerana Hartanya

-Kriteria ini penting bagi memudahkan pasangan itu menjalankan tugas di dunia dan akhirat. Apa yg dikatakan dengan kerana harta bukanlah merujuk kepada kekayaan harta yang banyak semata-mata. Cukuplah seseorang lelaki itu mampu menyara keluarganya. Hal ini wujud kerana, perkara ini boleh mendatangkan fitnah sekiranya tidak di ambil berat. Si lelaki mestilah lebih berharta dari perempuan atas alasan kurang enak rasanya kalau kita mendengar lelaki tumpang titik peluh perempuan atau lelaki di tanggung oleh perempuan. Makruh bagi lelaki yang mengahwini wanita yang lebih kaya daripadanya.

-Bagi yang perempuan pula kekayaan harta itu bukanlah merujuk untuk mencari lelaki yg mempunyai harta yang melimpah ruah semata-mata sebaliknya carilah lelaki yang hartanya dapat menanggung dan menyara anda sekeluarga kerana harta bukanlah segala-galanya dalam memilih pasangan.

-Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, كفى بالمرء إثما أن يضيع من يقوت
“Cukuplah seseorang itu berdosa bila ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud. Al Hakim berkata bahwa sanad hadits ini shahih).

2) Kerana Kedudukannya/ Keturunannya

-Apabila berkata tentang Kedudukan/Keturunan bukan merujuk kepada pangkat keluarga atau bangsa sahaja. Sebaliknya, makna kedudukan/ keturunan itu adalah sesuatu yang umum. Bagi lelaki dan wanita, carilah pasangan yang subur dan boleh melahirkan zuriat agar tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Kesuburan amat penting dalam sebuah institusi keluarga bagi menjamin kebahagiaan dan kesinambungan salahsila keluarga dan penganut islam. Islam juga menggalakan pasangan agar mencari pasangan yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang sama. Selain itu, siasatlah latar belakang pasangan kita dahulu agar kita tidak menyintai saudara kita sendiri secara membabi buta sahaja.

 تزوجوا الودود الولود فاني مكاثر بكم الأمم
“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur! Karena aku berbangga dengan banyaknya ummatku.” (HR. An Nasa’I, Abu Dawud. Dihasankan oleh Al Albani dalam Misykatul Mashabih)

As Sa’di berkata: “Jika seorang istri setelah pernikahan mendapati suaminya ternyata impoten, maka diberi waktu selama 1 tahun, jika masih dalam keadaan demikian, maka pernikahan dibatalkan (oleh penguasa)” (Lihat Manhajus Salikin, Bab ‘Uyub fin Nikah hal. 202)


3) Kerana Paras Rupa

- Aspek penilaian dari segi paras rupa juga di beri penekan dalam islam. Bukan menuntut kepada kecantikan atau ke"handsoman" semata-mata tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang di pandangan kita agar bertambah kasih dan sayang kita kepada pasangan kita. Harus di ingat, kecantikan paras rupa boleh menyebabkan kita terjerebak ke dalam cinta hawa nafsu dan sangat mudah bagi iblis dan syaitan menghasut kita. Paras rupa hanyalah sementara sahaja kerana ia pasti akan luput di telan usia. Jadi, sama-sama lah kita mencari pasangan yang sejati dan menghindarkan diri dari godaan iblis dan syaitan. Bagi lelaki ingatlah, wanita adalah medium untuk menghancurkan iman lelaki itu (maaf sekiranya ayat saya ini keterlaluan bagi kaum hawa)

“Dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah Ia menciptakan bagimu istri-istri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram denganya.” (QS. Ar Ruum: 21)
“Jika memandangnya, membuat suami senang.” (HR. Abu Dawud. Al Hakim berkata bahwa sanad hadits ini shahih)
“Sudahkah engkau melihatnya?” Sahabat tersebut berkata, “Belum.” Beliau lalu bersabda, “Pergilah kepadanya dan lihatlah ia, sebab pada mata orang-orang Anshar terdapat sesuatu.” (HR. Muslim)
4) Kerana Keimanan/ Ketakwaan

-Bagi pendapat saya, antara keempat-empat aspek dalam memilih pasangan ini, saya berpendapat keimanan dan ketakwaan adalah aset yang paling penting sekali dalam memilih pasangan. Ketakwaan dan keimanan itu dapat mengukur sejauh mana kasih sayang kita kepada pasangan dan ALLAH yang menciptakan kita. Seorang lelaki mestilah taat kepada ALLAH dan ilmu agamanya lebih tinggi dari perempuan agar dapat membimbing perempuan itu supaya dapat bertakwa kepada TUHANNYA. Selain itu, percayalah lelaki yang taat kepada ALLAH pasti seorang pasangan @ suami yang bertanggungjawab dan pasti tidak akan mensia-siakan pasangannya @ isterinya. Lebih-lebih lagi lelaki adalah ketua dalam sebuah keluarga dan keharmonian atau kebahagiaan sesuatu perhubungan itu terletak kepada bagaimana lelaki itu mengemudikannya.

-Bagi lelaki yang ingin mencari pasangan pula, hendaklah kamu mencari wanita yang bertudung kerana wanita yang bertudung pandai menjaga kehormatannya serta taat kepada ALLAH. Aurat wanita hanya boleh di lihat oleh muhrimnya atau suaminya. Aurat adalah aset yang termahal sekali kepada wanita dan merupakan hadiah yg sangat istemewa kepada bakal suaminya kerana bakal suaminya sahaja yang dapat melihat kecantikan wanita itu. Kita juga boleh menilai tahap kesetiaan dan kesabaran wanita itu hanya dari tudung kerana jika kita buat kesimpulan yang mudah, Sedangkan ajaran ALLAH pun wanita sanggup belakangkan inikan pula kita yang bergelar lelaki hanya makhluk  ciptaannya. Jadi, carilah wanita yang taat dan patuh kepada ajaran yang baik serta menjaga peradaban dan agamanya.

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (QS. An Nisa: 34)

 “Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan menaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia inginkan.” (HR. Ibnu Hibban. Dishahihkan oleh Al Alban

“Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’” (QS. Al Ahzab:59)

“Wanita yang berpakaian namun (pada hakikatnya) telanjang yang berjalan melenggang, kepala mereka bergoyang bak punuk unta. Mereka tidak akan masuk surga dan bahkan mencium wanginya pun tidak. Padahal wanginya surga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Sampai setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda untuk kali ini. sekiranya saya mendapat sumber yang baru saya akan kongsikan bersama anda.. Semoga kita sama-sama mendapat iktibar dari apa yang telah kita baca ini.