Pengikut

Selamat Datang Ke Radio Online Ku

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


/>
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Fb Like

Sapsai.fm Komuniti Ateh Wildan

Jumaat, 24 Disember 2010

Kisah Jenaka Suami Isteri (Agak panas Sikit)

   Ada sepasang pengantin baru sedang menikmati malam pertama mereka. Pengantin lelaki ini memang biasa dengan kehidupan di bandar dan agak komodenan sedikit berbanding dengan pengantin perempuan yang tinggal di kampung dan masih tidak begitu mengikuti arus perubahan. Di malam pertama mereka, si pengantin lelaki telah menggunakan kondom sewaktu 'bersama' dengan isterinya. Lalu si isteri kehairanan dengan tingkah laku suaminya dan juga merasa gembira.

   Pada keesokan harinya dengan muka yang riang gembira, si pengantin perempuan pergi ke tempat ibunya untuk menceritakan perisitiwa yang telah berlaku. Lalu si ibu pun bertanya " kenapa dengan kau ni hapy semacam jew? apa jadi semalam?" lalu si anak perempuannya menjawab "best mak, saya suka. Yang lagi best tu mak, abg 'punya' masih baru. Siap dengan plastik, dia belum  buka lagi mak." Lalu si ibu tercengang kebingungan sendiri.

   Satu hari, pengantin baru ini telah mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu berlaku disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap. Lalu dokor itu berkata "Untuk sementara waktu ini, saya ingin menasihati kamu berdua supaya menghadkan atau menggurangkan kegiatan seks kamu. Sebaiknya kalau hendak 'bersama' hanya dua kali seminggu sahaja dan jangan lebih dari itu. Untuk memudahkan kamu mengingati, saya sarankan kamu melakukan hubungan seks hanya pada hari yang bermula dengan huruf 'S' sahaja iaitu pada hari Selasa dan Sabtu" saran doktor dengan bersungguh-sungguh.

   Seminggu selepas berjumpa doktor, pasangan itu, maklumlah orang baru berkhawin ni macam mana. Pada malam ketiga berpuasa dari "membuat hubungan itu", si suami tidak dapat lagi bersabar dan menahan nafsunya lalu perlahan-lahan si suami "memulakan langkah" menggesel-geselkan badan mendekati isterinya, lalu mencium isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga dari tidur. Lalu si isteri berkata "aik bang, hari ini hari apa bang?" tanya si isteri kepada suaminya. Lalu si suami menjawab "erkkkk, hari ini hari 'SSSumaat' yang. Takpe kan yang".? jawapan selamba dari suaminya. Lalu si siteri membalas lagi "memang elok dan ok sangat la tu bang. Sayang pun memang nak tunggu hari 'S'.    -Tamat-

P/S Tidak salah untuk melakukan hubungan sesama suami isteri yang sah cuma biarlah berpadah-padah. Bagi yang muslim, kita disunatkan melakukan 'hubungan' pada malam jumaat kerana di samping mendapatkan kenikmatan kita juga akan perolehi pahala.

Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004 (Kisah Suami Dan Isteri)

  Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

  3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai ! merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

   Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasan yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. " Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

   Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang! pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.

   Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Bagaimana kawan-kawan? sudah baca kisah suami isteri ini? menarik tak? fikir-fikir dan renung-renungkan.. Selamat beramal. Moralnya: terima la pasangan kita sedanya jangan asyik nak fikir perasaan diri sendiri saja ya dan jangan juga terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan kita. Kalau ada apa-apa masalah selesaikan dengan sebaiknya. 

Khamis, 23 Disember 2010

KISAH PASANGAN YANG MENYAYAT HATI

Assalamualaikum warahmatullah.. dah lma jugak blog ni xda pos sbrang entry... kebizian melampau.. tdi bjln2 bersiar di dalam tenet tjumpa entry yg sgt cntik ini.. jadi aku mahu kongsikan pada kalian smua yang sedang berkasih-kasihan.. Kisahnya begini..

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...

Ahad, 12 Disember 2010

Maksud Jerawat Pada Anggota Badan

Berikut merupakan maksud jerawat yang tumbuh sekitar di bahagian badan kita... kom kita kongsikan.



DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


 PADA BIBIR 
Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.

Cerita Upin Dan Ipin Di Bongkar

***SEBELUM TU SAYA ATEH WILDAN MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT
SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH.
  ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI
TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN
BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PUN SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***


Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku
benci Rasul."
  Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada
baju Ipin.
  "U" bermaksud "USA""I" bermaksud "Israel".

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi
dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai
jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,
Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan
akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah
agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada 'Israel'.
4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl"
. kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.


ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,
KITA KONGSIKAN
BERSAMA***

WASSALAM..

Jumaat, 10 Disember 2010

4 Lelaki Ditarik Ke Neraka

Ada pepatah mengatakan perempuan merupakan hiasan dunia dan juga medium syaitan untuk menghancurkan manusia (lelaki)- Maafkan aku kalau ayat aku macam kurang ajar erk. Perempuan merupakan tanggungjawab lelaki kerana wanita jika di lihat dari sejarah, lahir dari tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Jadi kepada lelaki-lelaki yang budiman ingatlah wanita/ perempuan adalah amanat yang perlu di kita lindungi, sayangi dan jagai. Di bawah ini aku nak kongsikan bersama 1 cerita apakah maksud 4 lelaki yang akan di tarik ke neraka.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Jumaat, 26 November 2010

Perjalanan Hidupku Sebagai Juruhebah/Penyampai dan juga Dj Radio Online Dan Kewujudan Sapsaifm

   Sebelum ini aku telah ceritakan bagaimana aku mengenali utarafm dan seterusnya menjadi seorang penyampai radio online.... Baik la, kali ini aku mau kongsikan kepada anda semua apakah pula cabaran-cabaran yang aku tempuhi sepanjang aku bertugas sebagai dj sehingga setakat hari ini... heheheheheh....

   Ok mana aku nak mula ni arr.... hurm, aku sambung la... lepas hari kedua aku membuat kemunculan di radio utarafm sebagai dj rating pendengar aku terus meningkat sehingga mencapai 55 orang pendengar. heheheheheh.. (atas bantuan dj foto dan dj is adee yang sibuk mempromosi aku waktu itu. kira banyak la tu kan)...  tapi tidak la selalu bilangan pendengar aku ramai. Purata cuma dalam 20 orang ke bawah jalah.. hehehehehe.

   Aku harus mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dj Foto kerana sedikit sebanyak membantu memperkenalkan aku di dunia radio online ni. Kenapa aku cakap mcm ni sebab sewaktu kami mengadakan lawatan ke Sabah.Fm beliau telah menyiarkan berita ini di News Sabah Times dan juga Utusan Borneo. Beliau telah memberi gambar penuh aku di surat khabar... wahhhh... bangga aku siottt... Terima Kasih Foto. Jasamu di kenang. Selepas itu ALHAMDULILAH aku semakin di terima baik oleh pendengar Utara.Fm






   Kata orang hidup tidak  indah tanpa adanya cabaran dan dugaan... setuju tak? heheheheeh.... Ok, part ni aku mau kongsikan asam garam aku ketika aku 'onair' pulak. Sebenarnya tidak mudah untuk menjadi seorang DJ yang bagus. Ramai orang menganggap kerja sebagai Dj ni satu perkara yang senang dan mudah serta best. Kalau anda berfikiran macam tu anda kena ubah presepsi anda mulai sekarang. Sebenarnya bertugas sebagai Dj ni bukan satu perkara yang mudah.
  
   Aku tidak kisah tentang bekerja sebagai Dj Sukarela sebab aku memang sangat berminat dengan kerja sambilan aku sekarang ni. Harga untuk menjadi seorang Dj ialah anda terpaksa mengorbankan masa anda bersama dengan kawan-kawan dan masa anda bersosial di samping masa anda bersama dengan keluarga anda. Bagi aku, pengalaman aku mengenai 'mengorbankan masa' ialah aku setia menemani pendengar aku sehingga ada kalanya masa tidur aku tidak mencukupi dan waktu enjoy bersama kawan-kawan atau sebarang aktiviti akan berkurangan. Aku kesian dengan rakan-rakan yang membuat permintaan lagu kalau aku tidak tunaikan. hehehehhe..
  
   Tapi masalah dia, ada yang minta 3 atau 4 buah lagu sekaligus. Itu aku dapat terima dan boleh bertenang. Tapi, yang aku jadi tekanan sedikit ialah apabila lagu permintaan yang pendengar minta itu tidak ada dalam simpanan dan tiada dalam senarai download mereka nak juga lagu mereka di putarkan. ahhhhhhhh... itu la masalah dia. Kalau aku sudah runding-runding buat permintaan lagu lain tapi berkeras ingin meminta lagu yang sama juga membuatkan aku agak tekanan sedikit. Pendengar kena faham.
   Tapi kebanyakan pendengar aku sporting dan sabar menunggu giliran lagu mereka di putarkan.  Lagu-lagu yang aku putarkan bedasarkan apa yang boleh di cari dari Youtbue dan 4shared sahaja. Kalau tiada di Site ini ertinya memang aku tidak dapat putarkan lagu itu.Lagi 1, artis-artis tidak pernah bagi aku lagu diorang untuk tujuan promosi. Jadi sekiranya ada artis yang membaca blog aku sekarang ni, kalau kamu ada album boleh hantar dengan aku sebab aku akan sentiasa membantu dalam mempromosikan artis tanah air kita ni. Kepada pendengar yang lihat blog aku ni pula, harap anda memahami erk.... hehehehehheh.

   Ok cabaran untuk menjadi penyampai radio ni pula ialah cabaran Sosial. Aku nasihatkan kamu kepada yang berminat untuk menjadi Dj tu kalau kamu ada kekasih atau suami atau isteri kamu bincang la dulu baik-baik. Sebab tidak di nafikan walaupun sekadar radio online tapi peminat tu tetap ada. Ada satu tahap yang boleh menjadikan punca keretakan dalam hubungan anda sekiranya anda tidak tahu menjelaskan hal yang sebenar kepada pasangan anda. Pengalaman aku sendiri la kan banyak pendengar aku yang minta kena bagi layanan "first class". Tapi apakan daya, aku pun manusia biasa juga.

   Tidak menang tangan kalau semua kena layan dulu... hehehehehehehe... Kemudian itu, aku tidak dapat puaskan hati semua pihak juga. Tidak kurang juga ramai yang mengata aku.. heheheheheh... Biasa la manusia biasa kan.... Kalau kita berniat baik melayan sembang dari rakan-rakan di tuduh ada niat lain seperti mengurat dan sama waktu dengannya. Kalau kita diam-diam pula di tuduh sombong dan tidak melayan pulak... Kan ker itu memeningkan Kepala namanya. Tapi syukurlah ada juga yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan. Terima Kasih sebab memahami aku arrr...

   Cabaran aku yang seterusnya sehingga membuatkan aku menubuhkan radio online sendiri yang aku namakan Sapsai.Fm ialah cabaran komunikasi yang lemah dari rakan-rakan seperjuangan. heheheheheh.. ni sensetif sikit ni tapi tidak salah kalau aku luahkan apa yang aku rasakan. Btl kan? Cerita dia macam ni. Senario dalam apa sahaja organisasi ialah  yang baru kena menghormati yang tua (otai). Aku memang setuju dengan perkara itu... Pengalaman aku bertugas di utarafm jujur dari aku hanya 4 orang dj otai yang aku hormati kerana mereka menghormati aku walaupun aku berkecimpung dalam dunia hiburan.

   Dj itu ialah Dj Rumput, Dj Mka, Dj Kupang dan Dj Aldusuni. Orang kata orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Walaupun mereka ini di taraf Dj otai tapi mereka tidak sombong dengan teguran dan tidak kedekut dengan ilmu serta berterus terang sekiranya ada apa-apa yang ingin mereka katakan. Aku suka dengan cara begini daripada mengata aku dari belakang. Sebab utama kenapa aku menubuhkan Sapsai.Fm ialah aku tidak ingin melukakan hati Dj-Dj otai kerana aku cuma orang baru.... heheheheh (maafkan aku kalau ayat aku ni melampau).Sewaktu aku bertugas di utarafm aku tidak mengikuti masa kerana walaupun sudah ada masa yang di tentukan tetapi tidak ada Dj yang bertugas sedangkan waktu itu ada pendengar yang menantikan Dj bertugas.

   Yang Dj ni pulak aktif juga online di facebook. Tapi, sudah namanya Dj Sukarela kan. Sukarela la juga bertugas kan. Mana la tau diorg sibuk dgn komitmen lain. iyalah setiap dj pun manusia jugak. Kena juga ada masa ruang untuk diri sendiri iya tak? Dan tidak salah juga kalau aku gantikan masa dj kita ni bertugas kalau ada ruang dan peluang daripada pendengar kita ditemani oleh Auto Dj sahaja. Setuju tak? ahhhhh... Di sini konflik berlaku lagi. Tidak semua la tapi ada segelintir Dj yang tidak suka dengan cara aku ni. Mereka katakan aku hendak memonopoli la pulak.  inilah permainan dunia.

   Bila tiada dj diorg ok jer. tapi bila aku da masuk on air ada pulak mengata dan buat report macam mana nak masuk onair kalau aku da take over? takpe anggap itu sebagai kritikan positif ja kan... chayoooo....... lepas tu, aku juga pernah jadi mangsa sindiran rakan Dj waktu aku bertugas... takpe, biarkan jer asalkan orang tu bahagia.. jgn pening-peningkan kepala.. hehehehhe

   Aku nak share juga kesalahan aku sendiri ni. Waktu aku bertugas 1 hari tu, aku rasa rangkaian internet aku lemah masa tu, jadi aku tertuduh orang yang salah. Waktu aku sedang onair secara tiba-tiba sahaja ter 'disconnect' dari server radio. Dah tu, aku try banyak kali dapat masuk tapi byk kali juga aku ter disconnect balik. punyalah aku bengang. hehhehehehe .... Betul-betul masa tu aku main serkap jarang je.Aku mengaku aku salah sebab aku tak Private Mesej orang tu sendiri.

   Aku main lepas cakap jer. Kalau orang tu baca cerita aku ni. Aku dengan penuh rasa rendah diri walaupun aku memang rendah ingin menyusun 10 jari minta maaf banyak-banyak atas dosa aku dengan orang tu. Aku janji perkara yang sama tak kan berulang kembali. Biasa la manusia tidak lari dari membuat kesilapan kan. Janji kita berani mengaku kesilapan kita dan menjadikannya sebagai pengajaran kita kan kan kan... heheheheheh...Tapi sedihnya sampai sekarang kami masih dingin sebab orang tu tidak maafkan aku. Takpe, ikut kemahuan dia la. Tuhan ada untuk menilai.

   Sedangkan nabi ampunkan umat. btl tak? hihihihihiihhihi.... 1 lagi. keburukan aku masa bertugas di utarafm ialah aku ni antara dj 'pebret' yang susah sangat nak join setiap aktiviti komuniti yang di anjurkan oleh utarafm bergabung dengan komuniti lain. Aku akui kelemahan aku. Bukan aku tidak mau join tapi aku ni setakat naik bas jer pastu masa aktiviti di lakukan kebetulan aku memang ada program lain. Kalau aku free pun aku tak dapat join juga sebab aku ni memang selalu di landa masalah kekeringan duit. Dah la makan maggi ja, untuk berjimat.... ahahahahah.. Gini la kalau banyak tanggungan ni kan. Keluarga di kampung dgn adik-adik yang masih belajar. Bukan kedekut.. hahahahahahah. Itulah, siapa suruh aku jadi anak sulung pastu sorang ja anak lelaki. Nasib baik juga lah ada rakan Dj yang memahami masalah aku sering kali tidak dapat join kalau ada aktiviti.

   Dia cakap, tidak mengapa kalau tidak dapat join sebab kita ni pun bertugas sebagai dj sukarela ja dan sukarela juga a mau ikut ka atau tidak. Jadi, ko istidi saja tuan... Dj tu cakap... heheheheheh....

   Lepas peristiwa aku ketahui yang ada di antara rakan dj tidak berpuas hati dengan aku dan peristiwa aku tersalah menuduh orang tu, aku da jarang onair di utarafm sebabnya aku menubuhkan Sapsai.Fm radio online aku sendiri bagi mengelakkan masalah yang lebih besar dan memberi laluan kepada dj-dj mantap yang lain untuk onair. Secara jujurnya aku menubuhkan Sapsai.Fm pada 15/09/2010 atas bantuan Dj Ligong (Onlinefm). Beliau la yang telah mengajar aku bagaimana cara untuk membuat radio online ni...

   Kemudian yang lain-lain tu aku usaha sendiri. heheheheheheh. Cerita mengenai Sapsai.fm ni pun tidak kurang hebatnya juga. Pada awal penubuhan aku hanya ada seorang pendengar iaitu diri aku sediri... Aku jugak yang onair... aku juga pendengar selama beberapa hari.... hahahahahahah... kerja gilak kan. kemudian selepas itu aku promosikan radio aku kepada puteri bunian dan juga ayiespark (zuhairi abd hamid). bertambah la pendegar aku menjadi 3 orang termasuk aku sendiri.... ahahahahahahahah....

   Bermula dari mereka berdua, sapsaifm mula berkembang kepada rakan-rakan lain seperti Gadis Misteri, Atie Oronyo, Haizum, Sue Lala, Ayang Donk, Kodut dan ramai lagi. (penat mau taip nama kamu satu-satu. Heheheheh) Setiap hari makin ramai yang mengenali sapsaifm hasil dari bantuan promosi dari rakan-rakan lain. Selepas itu muncul 1 lagi masalah baru. Oleh kerana pendengar kian bertambah setiap hari, server radio online sapsaifm yang free mempunyai masalah iaitu ramai mengadu tidak dapat mendengar namun hasil pengalaman aku, kawan-kawan kita ni akhirnya berjaya juga mendengar lagu-lagu yang di putarkan.

   Waktu itu aku seorang ja Dj yang bertugas kamudian Dj ayie aku tarik masuk walaupun pada awalnya Dj ayie kita ni sekadar menaip ja tidak becakap... hehehehehhe.. alhamdulilah sekarang ni Dj Ayie sudah petah berkata-kata. cheewaaa.. Ngam bro. Kemudia selepas itu, masuk pulak Dj izo yang setia dengan lagu-lagu undergorund nya berentak metal.... hehehehehhehe. Dia mula-mula masuk pun memang banyak diam jugak.... Ahahahahahah.. ayat yang selalu keluar dari mulut di izo ialah 'aku masih kapar-kapar ni jadi kamu bertenang dan layan saja arrr'.

   Selepas itu, Dj danial meng 'offerkan; dirinya untuk menjadi dj sukarela di sapsaifm. aku bagi dia peluang. Masa dia bertugas dari puku 6.30 pagi sehingga ke 8.00 pagi dia ni pun macam pak cik dia juga dj Ayie, Mula-mula pembabitan dia hanya mendiamkan diri jer tapi sekarang da ok sikit-sikit... Biasa la dia ni masih sekolah menengah lagi... heheheheh. Seterusnya Dj jinnakal pulak aku invite masuk jadi Dj di sapsaifm.... dia tidak payah cakap memang biasa sudah jadi dj di korut fm. Selepas itu satu revolusi berlaku.... hehehehehehe....

   Atas kemurahan hati Dj Rumput dan Fantasi Media yang melihat kesungguhan dan semangat aku, mereka telah menaja server radio sapsaifm. Jadi sudah tidak ada masalah dengan server sudah. pendengar pun tidak bagi complain tidak dapat dengar radio kerana server tajaan Fantasi Media siap dengan Auto Dj sekali... hehehehehe... kira 24 jam beroperasi. Kerana sebelum server sapsaifm di taja aku dan dj ayie mengorbankan liptop kami untuk memutarkan lagu-lagu 24 jam sehari kerana waktu itu tidak ada auto dj. nasib la liptop kami ni tahan... hahahahahaahah. Apapun terima kasih fantasi media.

   Selepas semuanya sudah menjadi agak stabi sedikit barulah muncul Dj bie yang mengofferkan diri untuk menjadi dj di sapsaifm. Katanya mau membantu bapanya la.... hehehehehhe... aku bagi peluang juga sebab aku respek dengan semangat dj bie. Alhamdulillah lama kelamahan Dj bie ok da dia on air... pada mulanya intonasi dj bie macam orang yang marah kalau on air.... wahahahahahah... Dan selepas itu dj mickey, dj is adee dan dj lurve pulak masuk sapsaifm.... hehehhehehe.. Selepas itu dj angel pulak masuk menjadi warga penyampai sapsaifm. Pada mula awal pembabitan dj angel kita ni spoil skit sebab lagu tak dengar sebaliknya sura dia bercakap di talifon yang dengar... ahahahahahahahah.. Tp sekarang ni dj angel sudah mantap beb.... hehehehhehehehe... Dj paling bungsu setakat ni ialah Dj rich. heheheheheh.. tapi dia kejap je lepas tu menghilangkan diri. Tidak sempat dengar suara dia onair pun... hahahahahaha.

   Sekarang, Sapsaifm di landa masalah yang baru pulak.... Masalah Server down merupakan masalah paling kritikal bagi setiap radio online kerana tanpa server radio tidak akan kedengaran... hehehehehe... Tapi sekarang ALHAMDULILAH sudah berjaya di perbaiki atas bantuan Fantasi Media. Cuma yang sedihnya Sapsaifm tidak ada lagu auto dj di sebabkan masalah teknikal dan masih dalam proses naik taraf jadi maksudnya terpaksa la aku guna cara dulu. Biarkan liptop hidup 24 jam supaya lagu tidak akan putus-putus di dengar. Jadi kalau ada algu tapi tiada dj bertugas harap kamu faham jalah arrr... Tapi tidak mengapa.... Rintangan dan cabaran itu merupakan satu langkah yang baik untuk mendapat sebuah kejayaan pada hari esok.... Akan aku hadapi dengan penuh sabar dan Tabah.

   Semangat dan usaha aku tidak akan berkubur sampai setakat di sini sahaja. Terima kasih kepada rakan-rakan DJ yang Memahami dan sporting, Terima kasih kepada kawan-kawan pendegar setia sapsaifm yang tidak jemu-jemu memberikan galakan dan semangat dan terima kasih kepada fantasi media kerana walaupun tanpa Auto Dj namun masih sudi memberi tajaan pada server Sapsaifm dan masih mampu di dengari oleh semua. Selepas ini kalau ada masalah baru, aku redah jerrr.... -1 kejayaan bermula dari seribu dugaan dan sejuta cabaran. Kalau aku jatuh tolong la pimpin aku dan kalau aku tidur tolong sedarkan aku....... sekiannnnn.... nanti aku update cerita lagi kalau ada yang baru... hehehehehehe

43 perkara untuk Direnungkan

Berikut ini ada 43 Perkara yang boleh kita sama-sama renungkan. Mana yang boleh diamalkan, kita amalkan. Semoga ada manfaat.

1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Fikir-fikirkan! Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal :)

Isnin, 22 November 2010

Tips Makan Dan MinumUntuk Kesihatan

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isya-Allah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt: 1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit). 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya'Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Untuk Si Pemakai Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut tapi jalau nak khawin 4 bagi alasan ikut sunnah pulak. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Co=i. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari jari manis, atau jari kelingking (anak jari) dan bukan jari tengah atau jari telunjuk. Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala. DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK.

Sejarah ku mengenal Utarafm (Radio online sabahan)/ Asal Usul Bagaimana boleh menjadi Penyampai radio online

Sebenarnya aku tidak tau apa yang aku mahu kongsikan kepada pembaca semua mengenai aku. Tapi memandangkan di fikiran aku sekarang ni berfikir tetang sejarah aku macam mana aku mula bertugas sebagai juruhebah radio online atau lebih sedap di panggil "DJ" maka aku mau kongsi pengalaman aku setakat hari ini dengan kamu semua apa yang sudah aku alami walaupun aku belum sampai setahun jagung dalam bidang penyiaran juruhebah radio online ni.. Pada mulanya aku cuma sekadar pendengar biasa sebuah radio online di sabah yang di panggil utarafm yang di tubuhkan oleh Dj Rumput. Aku kenal Utarafm ni pun dari seorang Dj yang bertugas di sana dulu iaitu Dj Manuk Kubur Atau DJ ruddi guy. Dia la yang selalu invite aku dengar utarafm ni tahun lalu 2009 masa aku aktif menerokai dunia yahoo messenger. Aku penghuni tetap Room Sabah 7 dan pernah di gelar ketua kampung oleh kawan-kawan chatter yang lain eheheheheheh... (Bangga juga la)Nak tau pasal apa aku di panggil ketua kampung? hehehehehe... Sebabnya aku ni suka kick out orang yang suka memaki di dalam room pastu aku pandai lock id atau email orang ngan hack email diorg. Sebab itulah kot aku pernah di gelar ketua kampung. Tapi sekarang memang aku tidak aktif sudah layan yahoo messenger ni. Room sabah 7 pun tiada orang sudah semenjak aku tidak aktif masuk menaip.. hehehehehe... Kita lupakan tentang yahoo messenger. Berbalik kepada cerita aku tadi tentang radio online ni. Selepas saja Dj Manuk tidak aktif 'on air' di utarafm atas alasan kesibukan kerja, aku pun tidak dengar utarafm sudah sebab aku tidak tau pun boleh minta lagu. heheheheheh... Sebelum ni aku dengar dari winamp ja dan tidak pernah pergi website utarafm. Tapi sebelum tu, time aku masih tinggal pitas lagi ada 1 hari tu adik aku bawa pulang 1 risalah yang mengatakan ada sebuah radio online pitas yang bersiaran dari pinggan-pinggan. Aku sempat juga tanya adik aku ni dari mana dia dapat risalah tu. Adik aku cakap kena edar di sekolah diorang la. Aku ada juga cek website macam dalam risalah tu tapi kejap ja aku cek sebab aku binggung tidak tau macam mana mau berinteraksi dengan dj lain. Yang aku nampak (aku ingat) ada gambar promo ridah jadi artis baru sabah dan radio online Pitas ja. Ada dj bertugas juga masa tu. Aku pun tidak ingat sudah siapa nama dj tu. Masa tu radio online ni belum lagi di panggil utarafm... Aku lupa da nama dia sebab da lama kan. Lepas dari tu aku tidak layan utarafm lagi sehingga la dj manuk invite aku time kami kenal di yahoo messenger. Kira strategik dia menjadi la sebab kebanyakan remaja ni suka lepak yahoo messenger (facebook lum popular lagi). Ok la, di pendekkan cerita 1 hari time aku sedang sibuk layan game premier football di facebook tiba-tiba seorang kawan aku yang bernama firdause yohame private messenge aku di facebok ajak aku dengar utarafm ni. Kebetulan aku boring masa tu apa lagi klik jalah. Tiba-tiba aku dengar nama ku di sebut.. heheheheh... Waktu itu Dj bertugas ialah Dj mamik. Kata Dj mamik "permintaan lagu yang seterusnya datang dari kawan kita si ferdaus. Dia bilang mau minta lagu Awie- Di penjara janji yang online dari kota marudu. Ucapan si ferdaus kepada kawan dia keluangman yang sibuk main bola di facebook itu. Kasi menang kio" lebih kurang macam itu la ucapan dj mamik. Apa lagi, bila nama aku di sebut aku jadi semangat pula mau mendengar terus. Kebetulan lagu yang Dj mamik pasang semua best-best... Perh, memang layan la masa tu.. Aku tanya la kawan aku tu macam mana mau minta lagu dan macam mana mau ikut bersembang dengan kawan-kawan lain. Aku layan utarafm masa tu dari petang sampai malam. Lepas Dj mamik habis bertugas aku of la juga utarafm sebab tiada dj yang masuk ganti. Lepas tu keesokan harinya aku cuba dengar utarafm lagi sambil ikut kawan-kawan chatting. masa tu dj rumput sedang on air.. wahhhh, semua lagu permintaan aku di tunaikan. Punya Siukkkk... tambah aku ketagih mendengar Utarafm. masa tu kawan aku paling rapat di chatt utarafm ialah jinnakal dan Tan Eng Fat... aku dan fatt memang berlumba2 menaip sampai aku jadi raja paling laju menaip di chattroll dan mesej aku balik-balik di laporkan sebagai spam sebab telampau laju menaip kan.... wakakakaakak.. Biasa menaip di room sabah 7 la katakan. Time tu aku start da tidak aktif "YM" sebab aku kenal da dengan fb ni... sebelum ni layan friendster jew.. kikikikiki... sekarang aku nda tau sudah password aku di friendster.. wakakakakak... Malar la on facebook 24 jam. Nah, mau lari-lari topik sudah cerita aku ni. Balik pergi cerita Radio online ni, lepas dj rumput ofair aku dengar pula dj haiqal ke udara tapi dj haiqal tidak tunaikan pun lagu aku... sumbung.. buekkkk... ahahahahhaha... Aku fikirkan dj haiqal orang semenanjung sebab loghat dia langsung ndada bahasa sabah... tapi cek punya cek orang L.D bah pula.... ahahahahah... Tapi aku tetap layan utarafm juga. Lepas dj Haiqal tu Dj foto pula masuk ganti.. Bab ni aku x mau komen panjang-panjang. Kemudian selepas itu dj rumput pula yang on air balik. WAhhhh, punya aku gembira. Aku suka dengar Dj Rumput on air sebab dia pandai ambik hati pendengar dan selit-selit info dalam lagu atau berita-berita semasa. Aku macam biasa bersama tan eng fatt, Yan (masa tu aku ingat yan ni lelaki dan bukan dj rupa-rupanya dia ni ciwik pula sama Dj utarafm) dan juga jin nakal (aku nda tau juga mula-mula yang dia ni dj korutfm rupannya). Pada malam tu aku sempat sent lagu ciptaan aku yang bertajuk kekasihku dengan dj rumput. Aku minta promo la bah kunun tu lagu demo.. padahal eksyen saja tu mau kasi dengar-dengar orang... wakakakaakak... kedapatan suda aku... lariiiii.... Lepas tu dj rumput pasang lagu aku, apa lagi tambah-tambah la aku minat dj rumput. Sambil kembang-kembang lubang hidung aku dengar lagu aku on air... hahahahaahaha.... Keesokan harinya pula aku dengar Dj Is pula yang jadi dj. Aku sentg juga lagu ku.. Suruh dia pasang.. ahahahahaha... Sayang la sama Dj is sebab dia pasang lagu aku.. wakakaakakaka... Orang pitas lagi tu... hehehehheeh... Tapi jujur la aku cakap masa tu Dj Is men dj macam ndada feel bah.... macam siuk sendiri ja dia becakap.. (harap2 la si is nda nampak apa aku taip ni... wakakakaak) tapi sekarang ni mantap sudah si dj is adee.. pandai sudah dia bergurau-gurau dengan pendengar. Lepas Dj Is ofair. Aku dengar pula Dj mamik Onair.. memang aku suka juga ni Dj Mamik ni sebab dia pandai buat lawak time dia onair walaupun macam orang yang dia kenal ja dia kasi tunai lagu... huhuhuhuhuhu.. tapi bila aku bagi dia lagu aku.. dia pasang juga.... ahahahahah.... Memang ko hensem la mamik... wahahahahha.... Aku layan lagu sama si Dj mamik pula... ahahahahahaha... Sebelah malam dia pula sekitar jam 8 macam tu.. Ada lagi Suara Dj yang baru aku dengar... Dj Lugu nama dia.... wahhh, diorg main on webcame lagi bah... aku sent juga lagu ciptaan aku sama Dj Lugu suruh dia pasang... ketara la betul mau minta puji kan? wakakakakaka... Apa aku peduli.... kikikikikiik... Yang aku paling tidak lupa masa tu Dj Lugu, Dj Lm, Roslan dan Dj Ligong (aku tidak tau lagi masa tu Dj ligong ialah Dj dan pernah bertugas di Utarafm sekarang mengasaskan Onlinefm) on webcame masing-masing sambil hisap-hisap "sigup". Time iklan pula Dj lugu pasang iklan Saya Anti merokok padahal masa tu live-live bah diorg merokok.... Pecah Perut aku meningu. Aku Suka Si Lugu juga.. Ahahahahahaha. Aku minta lagu pun si lugu kasi tunai... Lebih-lebih lagi Dj Lugu tu kawan Chatt pak cik aku pula.... ahahahahaha... Ok, ni part aku mau jadi dj sudah ini..... Kamu baca betul-betul arr... (Isap-isap rokok dulu atau minum-minum dulu) Macam ni... Ada 1 masa itu semua dj sibuk dengan hal masing-masing. AKu tanya la Dj rumput kenapa dia tidak onair.. Dia cakap line dia kureng... Pastu dia ada offer juga dalam bentuk gurauan "kau la men dj tuan"... na na na... terus aku berfikir, mesti siuk ni jadi dj... heheheheheh. Mesti Top (popular) kalau jadi dj ni. Apa lagi aku bagi la pembayang dgn dj rumput yang aku mau jadi Dj... ahahahaahahah... malu aku..... Lepas tu cerita punya cerita terus Dj rumput bagi aku setting dan alat-alat untuk jadi seorang penyampai radio @ Juruhebah. Tapi masa tu, aku jadi dj di radio/ server training ja... itupun ada la 3 atau 4 orang mendengar.... ahahahaahahhah. Di sana baru aku kenal dj mka. Dia bagi kursus dan bagi tau siapa-siapa orang yang mendengar. Tapi, antara semua Dj-Dj di utarafm aku boleh jamin memang dj mka juga la orang yang paling sporting. Kenapa aku cakap sporting sebabnya kalau bukan dia bagi aku laluan onair.. sampai hari ini pun aku tidak kena harap onair satu urang sama belum tentu dapat men dj di utarafm sebab Dj lain cakap aku mesti mau banyak latihan lagi... ahahahahah.. Memang betul pun. Tapi kalau tuan mka nampak apa aku taip ni... Jasa tuan mka akan aku ingat sampai bila-bila. Untuk tuan rumput juga. Memang kamu 2 jugalah tuan yang paling hensem. hihihihihihi.... Bah, ini aku cerita sudah ni hari pertama aku jadi dj secara rasmi di utarafm arrr. Masa tu Dj Haiqal sedang on air. Atas kemurahan hati dj haiqal, dia ajak aku berduet dengan dia onair... di sana la kemunculan pertama aku. Tariknya 22 Ogos 2010 jam 2 pagi sampai 4 pagi dalam segmen sahur oh sahur... ahahahaahahah. Ada juga la satu atau dua orang yang dengar masa tu.. Dan orang yang bagi galakan penuh masa tu ialah Dj Mka dan DJ Yan. Aku pun tambah semangat la. Pada ke esokan harinya aku mula bertugas seorang diri.... ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar. hehehehehehehe..... Sampai sekarang ini aku masih bertugas di utarafm di sebabkan memberi laluan kepada Juruhebah/Penyampai radio lain yang lebih otai dan aku sudah pun mengasaskan radio online sendiri yang aku beri nama SAPSAI.FM yang mana server radio aku di taja oleh Fantasi Media... Ok, cukup setakat ni.... Nanti aku sambung tentang cabaran yang aku hadapi pulak dan bagaimana sapsaifm boleh di tubuhkan...

Ahad, 29 Ogos 2010

Kisah Pengajaran 1 jawapan dalam 3 soalan

Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Namun, apabila melihat pada tahun 2007 ini begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.
Tidak seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.
“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”
Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”
Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.
Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.
Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.
Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.
Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk renungan bersama.
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.
Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda: Saya amat tidak faham…??
Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya….!
Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak….!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak….!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?
Pemuda : Kulit dan daging…!!!
Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda: Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda: Allahuakbar!
Islam tetap dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.
Lihat sahaja beberapa insan ternama dan tersohor di Malaysia yang bertemu ‘jodoh’ dengan insan yang tidak perlu ‘diwar – warkan ‘ tentang bila, berapa lama tempoh perkenalan atau tempoh percintaan mereka, tetapi mempunyai ‘matlamat’ hidup yang sama untuk bersatu.
Pasangan seperti Perdana Menteri, Raja Nazrin, Ina Naim dan Erra Fazira misalnya mungkin boleh dikatakan pasangan yang mempunyai banyak pengalaman hidup.Mereka ini boleh dianggap ‘bertuah’ kerana tanpa publisiti meluas tentang ‘percintaan’ mereka dengan pasangan masing – masing, tetapi kerana ‘ Jodoh dan takdir’ mereka telah dipertemukan dengan insan – insan yang benar – benar ‘serasi’ dan memahami mereka.
Tidak ada lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran kita.Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tanda Soal Antara Nyata Dan Fantasi

(*Bacalah dengan penuh penghayatan)

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.
Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.
Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.
“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.
“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.
“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.
Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….”
tanya Sapura.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.
“Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura melerek. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan lamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.
Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.
“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tue”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.
“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.
Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.
“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.
Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.
“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.
Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.
Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?
“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”
Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.
Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.
Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.
Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan
kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya…

Kisah Kemuliaan Hati Seorang Anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.
“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi TU. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.
“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
“Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah.
“Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.
“Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.”
“Betullah Pah oii…….. Saya in baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak TU kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”
“Mana Kita nak cari duit banyak TU bang? Tiga ribu TU bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Pah, Kita mintalah tolong dengan Muaz Dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”
Wajah Pak Uwei semakin berseri-Seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
“Lusa Hari minggu, saya nak suruh budak-budak TU balik, boleh Kita berunding,” cadang Pak Uwei.
“Kalau tak cukup bahagian saya TU, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok Kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu Kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
“Pah…. Muaz Dan Balkis TU kan anak-anak Kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama in Kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak Kita TU tak akan menghampakan Kita kali in.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
“Tapi bang………..”
“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak TU, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak TU,”
Pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.
“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau Dan Muaz. Intan TU Ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil Dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz Dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL TU. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam TU?”
“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL TU jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan Cuba membuat Abahnya faham.
“Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang Dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis TU, tak pernah dia membantah cakap macam kau in!”
“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.
“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”
“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya.
Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.
“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.
“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.
“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”
“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.
“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”
“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.
“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.
“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.
“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.
“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”
“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”
“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.
“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.
Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”
“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.
“Abah ni…… ke situ pulak….”
“Habis tu?”
“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.
“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”
“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.
“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”
“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”
“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.
“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”
“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.
“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.
“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.
“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.
“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.
“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”
“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.
“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.
“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.
“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.
“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.
“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.
Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”
“Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”

Kisah Segelas Susu

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
segelas susu
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.
-Dr Howard Kelly-
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini?